Video Tular : Polis jejak individu pukul lelaki di Seremban

0

Polis sedang menjejaki individu terbabit dalam kejadian mencederakan seorang lelaki dengan menggunakan kaki dan tangan di sebuah rumah di Seremban, Negeri Sembilan yang tular di laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Tuan Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu semalam.

Namun maklumat lanjut berhubung insiden itu masih dalam siasatan.

“Kejadian disyaki berlaku di kawasan Seremban dan kita sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan tarikh kejadian.

“Usaha untuk mengesan mangsa dan kesemua suspek terbabit sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tular tiga video pendek keseluruhan berdurasi lebih lima minit di laman Facebook yang memaparkan sekumpulan lelaki menendang dan menampar seorang individu di sebuah rumah disyaki di kawasan Seremban.

Jika anda mempunyai maklumat berkenaan sila tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply