Perkongsian video gelagat sahabat bertikam lidah saat bercuti dan si perakam video dikatakan tidak berjiwa, hiburkan netizen

0

Boleh pulak time santai rakam video dengan go pro, member boleh pulak tetibe gaduh HHAHAHAHAHA ????????, demikian tulis pemilik akaun Twitter, Azmil Shah.

Percutian yang pada mulanya menggembirakan, terselit juga perselisihan faham apabila ada di antara rakannya bertikam lidah ketika mereka keluar beramai-ramai.

Punca pergaduhan itu terjadi apabila salah sebuah motosikal kawannya telah meninggalkan sebuah lagi motosikal ketika mereka sedang bergerak secara kumpulan.

Namun, warga Twitter lebih tertarik dengan karaktor si perakam video berbanding gelagat  rakan-rakannya yang sedang bergaduh.

Berdasarkan video berkenaan, si perakam video  seolah-olah tidak terkesan dengan pergaduhan yang berlaku di kalangan rakan-rakannya.

Perakam video berkenaan kelihatan hanya membiarkan dan membetulkan rambutnya sambil melompat-lompat perlahan.

Yang lebih menarik, video berkenaan telah di sunting dengan lebih menarik apabila ditonton.

Azmil juga ada memuat naik video sambungan kedua berserta gambar mereka setelah pergaduhan sedang berlaku dan menyatakan mereka hanya gaduh-gaduh manja sahaja.

Di ruangan komen, majoritinya terhibur dengan telatah sekumpulan sahabat terbabit.

Video sahabat bergaduh manja itu kini telah diulangkicau lebih 15,000, 11,800 tanda suka dan 25,800 jumlah tontonan.

Leave a Reply