Wednesday, July 17, 2024
HomeEKONOMIBIZZNEWSNeelofa berkolaborasi bersama Giuseppe Zanotti, hasilkan kasut eksklusif ‘Dazzling Liza’ dan ‘Mirror...

Neelofa berkolaborasi bersama Giuseppe Zanotti, hasilkan kasut eksklusif ‘Dazzling Liza’ dan ‘Mirror Liza’

Figura cantik Noor Neelofa Mohd Noor, satu nama yang tidak asing dalam industri seni hiburan tanahair.

Pelakon dan pengacara popular ini dilihat semakin berdedikasi dan komited berusaha mengejar impian dan melakar kejayaan dalam dunia perniagaan fesyen khususnya.

Selebriti dan juga usahawan berjaya kelahiran Pasir Mas, Kelantan mempunyai impian yang besar untuk mengembangkan lagi perniagaan dan minat fesyen serta kecantikan yang nyata memberi sumbangan besar kepada pendapatan peribadi dan negara.

Menerusi perkongsian di entri laman media sosial, Neelofa memberi perkhabaran terbarunya, “Dream come true”, tulisnya.

Neelofa meluahkan rasa teruja apabila impiannya untuk berkolaborasi dengan pereka kasut terkenal dunia, Giuseppe Zanotti telah menjadi kenyataan.

Menerusi entri Instagram miliknya, dia akan berkerjasama dengan pereka fesyen kelahiran Itali yang terkenal dengan rekaan kasut berjenama mewah, Giuseppe Zanotti untuk menghasilkan kasut bertumit tinggi yang diberi nama ‘Liza’.

Dipercayai, dua rekaan kasut eksklusif ‘Dazzling Liza’ dan ‘Mirror Liza’ itu merupakan idea dan ilham dari Neelofa sendiri.

‘Dazzling Liza for Neelofa’ yang dilapisi fabrik baldu biru muda diserlahkan dengan padanan kristal.

Manakala ‘Mirror Liza for Neelofa’ pula dibaluti menggunakan fabrik kulit metalik berwarna silver dan rose gold.

Dua koleksi ‘Liza’ berkenaan bakal dipamerkan di butik Giuseppe Zanotti, Pavilion Kuala Lumpur dan akan dilancarkan pada akhir November ini.

Tahniah diucapkan kepada selebriti pujaan ramai ini.

Semoga kejayaan Neelofa memberi sumber inspirasi kepada wanita dalam mencapai kejayaan ke peringkat global.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments