Monday, May 20, 2024
HomeBERITASering dilihat bersama, peminat restui hubungan Janna Nick dan Dini Azan Schatzmann

Sering dilihat bersama, peminat restui hubungan Janna Nick dan Dini Azan Schatzmann

Siapa tidak kenal dramatis yang sering menerima tawaran berlakon dan kerap muncul di kaca televisyen dengan drama-drama terbaru, Janna Nick.

Terbaru, pelakon dari Kedah ini acap kali dilihat bersama dengan seorang pelakon baru yang sedang meningkat naik, Dini Azan Schatzmann.

Kedua-dua pelakon ini sering berkongsi gambar serta video bersama di laman sosial masing-masing.

Sehubungan itu, warganet mula berteka-teki status hubungan mereka yang kelihatan mesra dan rapat.

Sebelum ini, Janna Nick dan Dini pernah digandingkan bersama menerusi drama Bukan Cinta Aku namun nampak gayanya hubungan serasi dan ‘chemistry’ antara mereka bukan sahaja di lokasi penggambaran malah dibawa dalam kehidupan realiti?

Janna juga pernah berkongsi di laman instastory di Instagramnya yang memaparkan Dini membantunya bersenam di gym.

Para pengikut juga sedia maklum pelakon kacukan Melayu, Switzerland ini juga sering berada di gym sebagai rutin hariannya.

Janna dan Dini baru sahaja berkongsi video di laman Instagram masing-masing memperlihatkan mereka berdua melakukan aktiviti bersama dengan hashtag “DiniJanna”.

Di ruangan komen, para peminat pelakon ini mula mengusik kemesraan mereka berdua, namun setakat ini belum ada pengesahan dari kedua-dua belah pihak.

Dini mula dikenali melalui drama bersiri popular, Cik Reen Encik Ngok Ngek dan kepetahan pelakon kacak berwajah Pan-Asia ini bercakap dalam loghat penang disenangi ramai.

Nampaknya ada sesuatu istimewa yang cuba disembunyikan oleh mereka berdua atau ianya mungkin sekadar ‘marketing strategy’ dalam mempromosikan drama lakonan terbaru mereka.

Sama-sama kita nantikan pengakuan mereka mengenai hubungan ini.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments