Friday, July 26, 2024
HomeBERITAHampir setahun pemergian isteri, Ifan Seventeen dedikasi ucapan sedih ulangtahun perkahwinan ketiga...

Hampir setahun pemergian isteri, Ifan Seventeen dedikasi ucapan sedih ulangtahun perkahwinan ketiga bersama arwah Dylan Sahara

Tanggal 22 Disember tahun lalu merupakan tarikh pemergian isteri kepada vokalis Indonesia kumpulan Seventeen iaitu Riefian Fajarsyah atau Ifan.

Kini, hampir setahun arwah isteri, Dylan Sahara meninggal dunia akibat terkorban dalam bencana tsunami di Banten, Indonesia ketika kumpulan Seventeen melakukan persembahan nyanyian.

Tentu sahaja terpahat segala kerinduan di hati buat isteri ketika kenangan-kenangan manis itu datang menjengah di akal fikiran.

 

Kapsyen ucapan ulang tahun perkahwinan dari Ifan buat arwah isterinya di laman Instagram baru-baru ini telah mengundang sebak dan kesedihannya turut dirasai oleh para peminat setianya.

Luahan ucapan sayu berserta video semasa majlis perkahwinan mereka turut dimuatnaik tanda ingatan detik bahagia bersama.

Sehubungan itu para pengikut dan peminatnya turut meluahkan rasa simpati di atas peristiwa sedih yang dilalui penyanyi utama kumpulan yang popular menerusi lagu Kelmarin dan mendoakan Ifan terus tabah dan di beri kebahagiaan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments