Menyakat sampai menangis anak orang, mahu culik kanak-kanak untuk masak asam pedas buat netizen geli hati

0

Akalan nakal menyakat tiga orang kanak-kanak menjadi viral di laman Facebook dan menerima komen oleh ribuan netizen.

Video dirakam oleh Haizan Yazid Nordin memperlihatkan sekumpulan kanak-kanak berbasikal berhenti di tepi jalan kecil di sebuah perkampungan.

Haizan menghampiri mereka dan mula menyakat tiga orang kanak-kanak berkenaan dengan menyamar sebagai penculik.

Dialognya berbunyi, “biasanya budak-budak ni kita orang culik buat masak asam pedas”.

Dengan usikannya itu, kanak-kanak terbabit kelihatan ketakutan lalu salah seorang daripada mereka menangis.

Menurutnya, rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook itu hanyalah gurauan semata-mata.

Tetapi dalam masa yang sama kapsyen yang ditulisnya adalah untuk menyampaikan satu pesanan buat ibu-bapa supaya sentiasa memantau aktiviti luar anak-anak mereka.

Ia bagi mencegah dan melindungi anak-anak terdedah dari bahaya dan jenayah yang mungkin boleh berlaku seperti penculikan serta kemalangan.

Video berkenaan meraih lebih 4000 komen turut membuatkan netizen terhibur dan geli hati melihat usikan spontannya itu.

Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi dan komen nakal.

Leave a Reply