Thursday, May 23, 2024
HomeBERITAVIRALKasih Ibu membawa ke syurga, Ibu tunai permintaan anak kecil pengidap kanser...

Kasih Ibu membawa ke syurga, Ibu tunai permintaan anak kecil pengidap kanser darah mahu meronda menaiki bas

Perkongsian seorang ibu muda di laman Facebook, Louis AmyCek yang juga pengasas produk Syampu Sejuk Otok mengenai permintaan anaknya, Muhammad Azrin Qayyim yang mengidap penyakit kanser darah menyentuh hati para pengikutnya di platfom media sosial berkenaan.

Wanita kelahiran Marang, Terengganu ini sering berkongsi gambar dan juga keadaan semasa anak tunggalnya.

Menurutnya, sudah lama anak meminta untuk membawanya menaiki bas namun kerana kekangan waktu dan disebabkan anaknya tidak boleh bergaul atau terlalu terdedah dengan persekitaran yang terbuka, maka dia terpaksa lupakan sahaja permintaan anaknya itu.

Ibu manalah yang sanggup menolak permintaan anak sendiri terutama anak yang sedang bertarung dengan penyakit yang dihidapi.

Maka dia membuat “live” di laman Facebook dan bertanya rakan-rakan dan juga pengikutnya jika ada mengenali pemandu bas atau ahli keluarga.

Tambahnya dia sanggup membayar berapa sahaja bayaran asalkan permintaan anak tunggalnya itu terlaksana.

Dengan kuasa viral yang ada, Amy telah mendapat bantuan dari seseorang dari Marang, yang sudi menghulurkan bantuan dalam usaha menunaikan permintaan anaknya.

Meskipun saling tidak mengenali, namun atas dasar sifat kemanusiaan, mereka sanggup dan bersetuju untuk membawa anaknya menaiki bas dan meronda di sekitar daerah Marang.

Di entri terbaru Amy di ruangan Facebook miliknya, dia telah meluahkan rasa syukur dan berterima kasih di atas bantuan yang dihulurkan dan dia juga sempat menitipkan pesanan kepada ibu-bapa yang lain supaya lebih peka terhadap kesihatan serta juga makan minum anak-anak.

Rakan-rakan di media sosial turut memberi kata-kata semangat dan mendoakan kesihatan anaknya.

Malah ada yang menzahirkan perasaan sedih di atas perkongsian Amy berkenaan keadaan kesihatan anaknya.

Semoga anak kecil ini diberi perlindungan dan kembali sihat serta membesar dengan sempurna.

Kepada ibu bapa anak ini, diharap terus bertabah dalam mengharungi dugaan besar ini.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments