Gurauan takutkan rakan mendayung sebuah papan yang dijadikan seperti perahu raih ratusan ribu jumlah tontonan di laman Twitter

0

“Die buat lawak plak kt tgh tasik” tulis pemilik akaun Twitter, Imad Ridzuan yang merujuk sebuah video berdurasi 17 saat memaparkan rakan-rakannya sedang mendayung sebuah papan yang dijadikan seperti perahu sambil diusik oleh dua orang lagi rakannya.

Mereka cuba menggoyang-goyangkan ke kiri dan kanan papan yang dinaiki mereka sehingga rakan yang mendayung menjerit ketakutan.

“jangan lah bo**h” ulangnya berulang ulang kali.

Manakala Imad dan rakan-rakan lain yang berada di tepi tasik hanya mampu ketawa dengan gurauan ketiga-tiga rakannya itu.

Di ruangan komen, warga Twitter juga turut terhibur dengan gelagat mereka yang mendayung ketakutan diusik rakannya.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan sifat takut rakannya itu dengan seorang Instafamous, Harith Zazman.

Imad dan rakan-rakan yang menaiki kereta secara berkumpulan untuk ke tasik yang dikenali Tasik Cermin itu turut berkongsi video persekitaran yang menyeramkan ketika melalui sebuah rumah usang yang tidak berpenghuni.

Video tersebut kini telah menerima 128,000 tontonan, diulangkicau lebih 7,000 dan 5,800 tanda suka setakat ini.

Leave a Reply