Friday, July 19, 2024
HomeEKONOMIBIZZNEWSAl-Quran Edisi Khas Dato’ Rizalman Ibrahim telah habis dijual dalam masa hanya...

Al-Quran Edisi Khas Dato’ Rizalman Ibrahim telah habis dijual dalam masa hanya 15 minit

Al-Quran Edisi Khas, kolaborasi bersama Dato’ Rizalman Ibrahim bersama Karangkraf telah habis terjual dalam masa hanya 15 minit.

Pembelian Al-Quran sebanyak 1,500 naskah ini hanya boleh dibeli secara atas talian melalui website Karangkraf dan dihadkan hanya 2 buah naskah setiap seorang.

Al-Quran Edisi Khas Dato’ Rizalman tampil berbeza dengan Al-Quran yang berada di pasaran dengan rekaan eksklusif inspirasi dari pereka fesyen terkenal tempatan ini sendiri.

Antara ciri-ciri istimewa Al-Quran ini disertakan Mu’jam iaitu kamus bahasa Al-Quran dan juga perbahasan serta huraian daripada tafsir yang muktabar, iaitu Tafsir Jalalain, Tafsir Ibnu Katsir dan juga Tafsir Al-Tabari.

Selain itu, cetakan khas pada kulit Al-Quran terbabit dicetak dengan warna keemasan manakala tulisan pada ayat-ayatnya pula berwarna biru metalik.

Ia sekaligus menonjolkan sisi mewah kitab suci ini dan disertakan dengan penanda Quran yang juga berwarna keemasan.

Hasil penjualan Al-Quran ini akan disalurkan ke Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, perintis Quran Hour dan juga Rumah Ngaji.

Nampaknya bukan hanya pakaian Dato’ Rizalman sahaja yang menjadi kegilaan para ‘online shopper’ malah Al-Quran keluarannya juga menjadi rebutan ramai.

Untung la siapa yang berpeluang berkolaborasi bersama Dato’ Rizalman yang sememangnya mempunyai ramai peminat setia.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments