Monday, May 13, 2024
HomeBERITAVIRALApabila malas print sendiri, ini ‘boarding pass’ atau peta dunia?

Apabila malas print sendiri, ini ‘boarding pass’ atau peta dunia?

Mempunyai rakan yang berperangai gila-gila sememangnya seronok kerana pasti ada sahaja topik atau isu yang akan dijadikan bahan lawak untuk bergelak tawa.

Seperti kejadian yang dilalui oleh seorang gadis berbangsa Cina ini apabila cubaan ‘prank’ oleh rakan-rakannya semasa sedang menunggu waktu pelepasan pesawat.

Perkongsian video yang memperlihatkan gadis berkenaan tergamam seketika apabila melihat rakannya mengeluarkan ‘boarding pass’ yang telah dicetak sebesar kertas mahjong!

Dengan perasaan malu gadis terbabit tetap bersahaja berjalan menuju ke arah pegawai imigresen yang bertugas dan menunjukkan ‘boarding pass’ berkenaan.

Seperti yang dijangka pegawai berkenaan nyata terkejut apabila melihat lipatan kertas ‘boarding pass’ itu serta merasa lucu dengan lawak jenaka berkenaan.

Ketika kejadian rakan yang lain sedang merakam momen lucu itu kedengaran gelak ketawa rakan-rakannya apabila ‘prank’ mereka menjadi.

Malah netizen juga terhibur melihat perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @Tok_Tek.

Aksi nakal itu telah membuatkan rata-rata netizen meninggalkan komen lucu sehinggakan ada yang menanyakan mereka tengah buat ‘presentation’ di lapangan terbang?

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments