Wednesday, May 22, 2024
HomeEKONOMIBIZZNEWSJual susu pisang pula, Neelofa perkenal produk baru jenama ‘Nilofa’

Jual susu pisang pula, Neelofa perkenal produk baru jenama ‘Nilofa’

Pelakon dan pengacara popular, Neelofa sentiasa mencari dan merebut peluang dalam mengembangkan perniagaannya.

Buka sahaja mempunyai rangkaian produk hijab jenama Naelofar malah turut mengeluarkan produk kecantikan bersama ibunya, Young & Glow.

Terkini, Neelofa telah melebarkan sayap perniagaannya dengan membuka satu lagi rangkaian produk berasaskan “Food and Beverage”(F&B) iaitu susu pisang yang sangat popular di Korea Selatan.

Di ruangan Instastory miliknya, Neelofa telah memuatnaik entri dan memaklumkan dia sedang mengumpul sesiapa yang berminat untuk menyertai Nilofa HQ serta membuka peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan dengan menjual produk susu pisang Nilofa.

Terdahulu, rakannya yang juga seorang jurugambar, Ako telah membawa sampel susu pisang dan mengedarkan kepada orang ramai di ibu kota bertujuan mempromosikan produk terbarunya.

Orang ramai memberi respon positif menyukai rasa susu pisang

Usahawanita berjaya ini turut akan mengadakan ‘business conference’ mengenai produk terbarunya dalam masa terdekat.

Para pengikutnya terus memberi sokongan padu kepada selebriti cantik ini dan ada juga yang memberi komen nakal menyatakan cadangan agar Neelofa membuka kedai runcit pula selepas ini.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments