Ulik anak tido dengan membunyikan enjin motosikal Yamaha Y15 mencuit hati warganet

0

Kehangatan trend motosikal Yamaha Y15 masih lagi reda dan menjadi kegilaan ramai tanpa mengira usia.

Seperti perkongsian yang tular di laman sosial milik Shahrul Fikri di ruangan Facebooknya apabila dia memuatnaik video yang mencuit hati warganet.

Video yang memaparkan Shahrul terpaksa menghidupkan enjin motosikal Y15 demi memenuhi kehendak anaknya.

“Aduhh nyaknyo nk tdo kno ulik nga ejuh muto????” tulis Shahrul.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2628157797254134&id=100001798175844

Berdasarkan video berkenaan, kanak-kanak tersebut akan menangis apabila bapanya (Shahrul) mematikan enjin motosikal meskipun anaknya itu sedang tidur.

Kebiasaannya, kanak kanak akan tidur apabila diperdengarkan bacaan zikir, Al Quran dan juga lagu tidur namun berbeza dengan kanak-kanak ini yang lebih selesa mendengar bunyi enjin motosikal.

Di ruangan komen pula warganet mula berseloroh mengatakan kanak-kanak tersebut bakal menjadi pelapis pelumba Moto GP apabila dewasa kelak.

Leave a Reply