Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITATERKINI : Muhammed Yusoff Rawther dipanggil semula ke Balai Polis Bukit Aman...

TERKINI : Muhammed Yusoff Rawther dipanggil semula ke Balai Polis Bukit Aman untuk sisatan lanjut

Bekas pegawai penyelidik di pejabat Presiden PKR, Muhammed Yusoff Rawther telah dipanggil semula ke Balai Polis Bukit Aman lewat pagi tadi untuk siasatan lanjutan daripada keterangan yang diberi semalam.

Menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla ketika dihubungi The Malaya Post,  Muhammed Yusoff telah hadir seorang diri dan tidak ditemaninya kerana beliau mempunyai urusan kerja lain yang padat.

“Muhammed Yusoff masih berada di Bukit Aman, dan maklumat lanjut akan dimajukan kelak oleh saya lewat petang atau awal malam ini,” ujarnya.

Terdahulu Yusoff, 26, memberi keterangan selama lebih tujuh jam kepada Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, berhubung dakwaannya berkaitan gangguan seksual melibatkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments