Saturday, May 25, 2024
HomeBERITASMK Jalan Arang dari Sarawak dinobat juara dunia pertandingan robotik

SMK Jalan Arang dari Sarawak dinobat juara dunia pertandingan robotik

Satu pencapaian yang membanggakan apabila sekumpulan pelajar dari Sarawak telah menjuarai pertandingan robotik.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1009194346090826&id=302874640239814&sfnsn=mo&d=n&vh=e

Dinobatkan sebagai juara MakeX International Robot Competition sekaligus telah mengharumkan nama negara.

Kira-kira 3,500 pasukan yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan yang telah disertai oleh 30 buah negara di seluruh dunia.

Pertandingan berkenaan disertai oleh para pelajar sekolah dari seluruh dunia yang berumur 6 tahun sehingga 18 tahun dalam beberapa kategori berbeza.

Antara kategori yang dipertandingan pada hari berkenaan ialah MakeX Spark – My City, MakeX Starter – City Guardian, MakeX Challenge – Courageous Traveller dan MakeX Premier – Strong Alliance.

Pasukan Sarawak Blue Team, Malaysia dan pasukan Xsun, Turki berjaya mengungguli kategori MakeX Starter – City Guardian setelah dinobatkan sebagai juara dunia.

Naib Juara disandang oleh pasukan Trail Blazers, India dan pasukan SSG, Ukraine.

Pasukan Yellow Cat, Ukraine dan pasukan Coding Academy Warriors, Mexico pula berada di tangga ketiga.

Pasukan Malaysia yang di wakili pelajar SMK Jalan Arang, Kuching itu dianggotai oleh Joel dan Hii Tuong.

Peserta yang berjaya mara ke pusingan akhir sekaligus akan terpilih ke peringkat antarabangsa.

MakeBlock selaku penganjur MakeX International Robot Competition adalah merupakan sebuah syarikat penyedia penyelesaian bagi pendidikan Science Technology Engineering Art and Mathematics (STEAM) secara global.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments