“The Pain Of Loss” tribute untuk arwah adik Darwish Haykal

0

Pemergian seseorang yang istimewa adalah sesuatu yang pahit untuk dilalui. Apatah lagi seseorang yang selalu berada di depan mata tetapi dengan sekelip mata dijemput menghadap Illahi.

Hampir setiap hari kita membaca kes kemalangan jalan raya yang meragut nyawa. Terbaru, menerusi laman Twitter seorang pelajar tingkatan 2, Noah Dani Shahrin telah memuat naik perkongsian video “tribute” untuk rakannya yang telah kembali ke rahmatullah menjadi trending apabila video berkenaan menerima tanda suka sebanyak 11 ribu dan telah di ‘retweet’ sebanyak 13 ribu oleh warga Twitter.

Video berdurasi 41 saat dengan tajuk “The Pain Of Loss” mendapat lebih 300 ribu jumlah tontonan skaligus mengundang rasa sedih dan hiba warganet seolah-olah mereka turut merasai kehilangan sahabat baik yang saban hari melakukan pelbagai aktiviti bersama.

Menurut laporan media, seorang pelajar Darwish Haykal Mohd Rizalmi maut dalam satu kemalangan di Leburaya Pantai Timur 2 (LPT2) setelah kereta yang dipandu bapanya telah merempuh sebuah treler 13 September lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlah, Darwish yang berusia 14 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Manakala ibu bapanya, Mohd Rizalmi Md Romali dan Jaslina Abdullah serta dua adik beradiknya, Harris Haydar dan Nur Aulia Hudaibiyah Syamzulhafiz mengalami kecederaan.

Kepada keluarga Allahyarham adik Darwish Haykal, kami dari Team The Malaya Post mengucapkan salam takziah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga kedua ibu bapa arwah tabah dalam mengharungi ujian berat ini dan dipermudahkan segala urusan.

Al-Fatihah…

Leave a Reply