Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAVIRALTelatah lucu kanak-kanak 5 tahun berbalas pesanan suara dengan tunang makciknya

Telatah lucu kanak-kanak 5 tahun berbalas pesanan suara dengan tunang makciknya

Gelagat seorang pemilik akaun twitter bernama Ika @nratikh7 mencuri perhatian The Malaya Post dengan perkongsian cerita lucu membabitkan anak saudaranya dan tunangan.

Apa yang melucukan adalah cara komunikasi anak sedaranya itu Syazana Khalesah 5 tahun yang dikatakan bercakap seperti pasangan kekasih dengan tunangannya sendiri.

“You, you dah makan ke?”

“You jangan gatal gatal tau”

“I tengok you

Status yang dimuat naik berbunyi, “Tengok ni semalam anak buah aku menggatal dengan tunang aku. Pantang tinggal handphone sekejap. Laju buat kerja. And she’s only 5 wei ????“.

Netizen yang turut menonton video terbabit seakan tidak percaya budak seusia lima tahun itu petah bercakap seolah seperti orang dewasa.

Di ruangan komen ramai yang terhibur dengan telatah adik Syazalina berkenaan.

Bagi Nur Atika, perkongsian video berkenaan hanyalah hiburan semata mata kerana telatah anak saudaranya yang mencuit hati.

Namun selepas itu, Syazalina memuat naik video permohonan maaf kepada umum yang menonton telatah anak buahnya itu dan memberitahu perkongsian berkenaan sekadar gurauan dan hiburan semata.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments