Saturday, October 19, 2024
HomeBERITAHIBURANSufian Suhaimi kini bergelar bapa

Sufian Suhaimi kini bergelar bapa

Menerusi laman Instagram, Penyanyi Sufian Suhaimi telah memperkenalkan seorang kanak-kanak lelaki comel yang bernama Faez Razeeq sebagai ‘anak angkatnya’ kepada umum.

Perkongsian perkhabaran gembira berkenaan, mendapat pujian dari netizen serta rakan-rakan artis yang berbangga dengan kesediaan penyanyi berkenaan untuk membesarkan Faez Razeeq.

 

Netizen berpendapat, pelantun lagu popular Di Matamu ini, berani memikul tanggungjawab yang besar untuk menjaga dan mendidik seorang kanak-kanak yang masih kecil walaupun masih berstatus bujang.

Membahasakan diri kepada anaknya sebagai ‘Ayah Yan’, ramai yang mendoakan agar Sufian Suhaimi dimurahkan rezeki dan dapat menjaga anaknya ini sebaik mungkin.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments