Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAEKSKLUSIF‘Rendang Mak Tom’ intai pasaran Eropah

‘Rendang Mak Tom’ intai pasaran Eropah

Apabila bercakap mengenai Selebriti Popular yang juga bekas Penerbit TV3, Pengarah, Pengacara  dan juga Pelakon, Azwan Haji Ali, pasti mengingatkan kita dengan gelagat ceria serta berterus terang beliau dan sudah pasti tidak sunyi dari kontroversi.

Menyingkap kembali kemuncak kerjaya seni beliau pernah dinobatkan sebagai Personaliti TV Terbaik di Anugerah Skrin pada 1994, memenangi Anugerah Televisyen Asia 1999 untuk kategori Rancangan Bual Bicara Hiburan Terbaik menerusi program kelolaannya Cit Cat Azwan yang bersiaran selama 10 tahun di Astro

Ternyata bakat seni Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA cukup besar dan membanggakan anak seni Malaysia.

Kini, walaupun kurang aktif dalam bidang seni dan jarang kelihatan di kaca televisyen, personaliti sensasi ini sedang giat melebarkan sayap perniagaannya iaitu Rendang Mak Tom.

Kepada yang mengikuti laman Instagram atau lebih mengenali secara dekat personaliti ini, sudah tentu mengetahui kehebatan Diva AA memasak Rendang Ayam dan Daging.

Dalam temubual Eksklusif The Malaya Post, Diva AA berkata, beliau sedang mengintai peluang memasarkan produk istimewanya ini ke luar negara.

“Saya akan ke London bulan depan, benar Rendang Ayam dan Daging, resepi yang diwarisi oleh arwah ibu saya, Allahyarhamah Che Tom Yahaya atau ‘Mak Tom’ kini sedang mengintai peluang utk pasaran Eropah”, kata beliau kepada The Malaya Post.

Azwan yang berkelulusan Undang-Undang kelas pertama di Universiti Malaya, sering berulang alik ke London, United Kingdom atas urusan kerja pemasaran dan mencari peluang perniagaan di negara berkenaan.

Berpegang kepada pepatah, diam-diam ubi berisi, personaliti ini tidak pernah mempedulikan kritikan orang ramai malah terus berusaha untuk mencapai matlamat dalam meluaskan empayar perniagaan masakan tradisi keluarganya ini.

Kepada anda peminat Diva AA yang merindui perkembangan terbaru Selebriti Kontroversi Diva AA, nantikan kemunculan istimewa Diva AA di The Malaya Post LIVE bersama Hos Nik Suryani Megat Deraman.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments