Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITAHIBURANNeelofa sindir siapa???

Neelofa sindir siapa???

Memuat naik status berbunyi “Tolonglahhhh, drama TV berapa ni? Tolonglahhh…” di Insta Story milik Pelakon, Pengacara dan Usahawan berjaya, Neelofa menjadi tanda tanya netizen.

Ia menjadi hangat apabila pelakon Sharnaaz Ahmad menolak dan tidak bersetuju dengan tuntutan cerai yang difailkan oleh Noor Nabila ketika prosiding di Mahkamah Syariah, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur siang tadi.

Neelofa kini berada di New York, Amerika Syarikat kerana menghadiri New York Fashion Week bersama beberapa rakan selebriti yang lain.

Selain memuatnaik kemeriahan minggu fesyen terkemuka dunia itu, Neelofa turut memuatnaik gambar Noor Nabila bersama anaknya, Jebat Jayden Ahmad dengan ungkapan “I wish im there with you guys“.

Untuk rekod, Noor Nabila telah memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap suami, Sharnaaz Ahmad pada 27 Ogos yang lalu.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments