Friday, May 31, 2024
HomeBERITAVIDEO : Bangunan milik MAIWP yang sedang dalam pembinaan terbakar

VIDEO : Bangunan milik MAIWP yang sedang dalam pembinaan terbakar

KUALA LUMPUR : Bangunan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), yang sedang dalam pembinaan, bersebelahan Hotel KL International di Lorong Haji Hussein 2, Kampung Baru, Kuala Lumpur terbakar petang tadi.

Menurut kiriman video sahabat The Malaya Post, En Indra Putra Jaya Dahlan, pemilik Restoran Nasi Padang Putra Kampung Baru, yang berada di lokasi, kebakaran bermula pada jam 6.30 petang.

En Indra Putra Jaya Dahlan, pemilik Restoran Nasi Padang Kampung Baru, bersama keluarga

Anggota bomba dari beberapa balai bomba Kuala Lumpur dikerahkan ke lokasi kejadian.

Kebakaran berjaya di padam sekitar jam 7.20 petang.

Menurut pihak bomba, kebakaran itu membabitkan menara penyejuk di tingkat sembilan bangunan berkenaan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran masih di siasat.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments