Selepas boba tea muncul pula susu kochak, minuman manis tahap potong kaki dan harga sehingga RM53

0

Trend makanan hipster menjadi pilihan anak muda bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Jika sebelum ini, minuman boba tea menjadi kegilaan ramai, kini muncul pula minuman berasaskan dari pelbagai jenama coklat terkenal di pasaran sebagai campuran utama dan mula menjadi viral.

Minuman yang kini mula menjadu perhatian ramai bukan sahaja manis tahap ‘potong kaki’ malah harganya mencecah RM23 hingga RM53 seperti nilai satu hidangan di restoran mewah dan eksklusif.

Sebanyak lapan jenis minuman coklat akan dikisar, diletakkan ‘whipping cream’ serta coklat di atas minuman dan bahagian luar gelas akan dihiasi coklat pula.

Antara lapan jenis jenama coklat yang dijadikan sebagai bahan utama ialah, Cadbury, Oreo, Chipsmore, Nutella, Kit Kat, Hersheys dan Kinder Bueno.

Jika melihat pada hiasan dan bahan-bahan yang dicampur, boleh kita bayangkan tahap manis minuman yang dikenali sebagai ‘susu kochak’ atau ‘gourmet milkshake’ ini.

Selepas fenomena boba tea, ada yang ingin mencuba minuman susu kochak pula?

Leave a Reply