Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAJENAYAH"PH mahu senyapkan dan penjarakan saya tanpa jaminan" - Najib Razak

“PH mahu senyapkan dan penjarakan saya tanpa jaminan” – Najib Razak

 

Susulan Akuan Berkanun didakwa dibuat oleh Bekas Anggota Unit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia, Azilah Hadri.

Bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Razak hari ini menyangkal dakwaan itu dan menyifatkan ia satu lagi cerita baru dibuat Kerajaan Pakatan Harapan, PH.

Ia sekaligus membuka jalan kepada kerajaan PH untuk menahan dan penjarakan beliau tanpa jaminan kerana kes pembunuhan tak membenarkan jaminan.

“Saya juga diberitahu bahawa cerita baru PH ini membuka jalan kepada kerajaan PH untuk menahan dan penjarakan saya tanpa jaminan kerana kes pembunuhan tak membenarkan jaminan.

Barulah saya boleh disenyapkan oleh PH”, tulisnya di facebook.

Dato’ Seri Najib berkata perbicaraan kes 1MDB dan SRC didakwa tidak memberi impak yang diinginkan oleh PH manakala usaha cybertrooper serta propaganda juga jauh ketinggalan.

“Saya diberitahu bahawa perbicaraan kes 1MDB dan SRC saya tidak memberi impak yang diinginkan oleh PH manakala usaha cybertrooper serta propaganda mereka juga jauh ketinggalan”.

“Apa yang saya tulis dalam media sosial yang disertakan fakta dan bukti serta apa yang saya ucap dalam ceramah-ceramah saya sudah untuk dibalas atau disangkal oleh PH”.

“Ada penganalis yang berpendapat juga bahawa fakta-fakta yang saya keluarkan merupakan antara senjata paling tajam yang menyumbang kepada kekalahan teruk PH di PRK Tanjung Piai”, katanya.

Jelas Dato’ Seri Najib, PH sekarang amat fobia dengan gelaran kerajaan sepenggal.

Oleh itu, mereka perlu keluarkan lagi konspirasi baru untuk menentang dan memfitnah beliau.

“Pembunuhan Altantuya telah berlaku 13 tahun dahulu”.

“Telah melalui ratusan hari perbicaraan selama bertahun-tahun di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan sampai ke Mahkamah Persekutuan yang memutuskan hukuman mati lima tahun dahulu”.

“Sudah 19 bulan kerajaan PH memerintah. Saya telah membuat laporan polis terhadap saya tentang kes ini. Pihak polis juga mengesahkan tiada bukti untuk kaitkan saya dengan kes tersebut”.

Seorang lagi pegawai polis yang dijatuhkan hukuman mati dalam ke ini pun pernah bersumpah bahawa saya tidak terlibat.Tiba-tiba ada cerita perisik Rusia terkeluar pula. Dakwa saya yang arahkan pembunuhan Altantuya kerana dia perisik Rusia. Ada akuan bersumpah tiba-tiba keluar dari pihak polis yang telah dijatuhkan hukuman mati” katanya.

Tambah beliau peguam bela sekian lama Azilah juga terkejut dengan akuan bersumpah tertiba dari anak guamnya.

“Akuan bersumpah dari seorang yang sudahpun dijatuhkan hukuman mati maka adakah kita juga perlu percaya akuan bersumpah bahawa bakal PM ke-8 telah mencabul bekas pegawai lelaki dia tahun lepas?”.

“Adakah hukuman mati bakal di tarik balik atau ditangguhkan dengan akuan bersumpah ini?” Soal Dato’ Seri Najib.

“Secara logik, jika saya sebagai Timbalan Perdana Menteri masa itu begitu berkuasa dan begitu kejam sehingga mengarahkan pembunuhan seorang wanita yang sedang mengugut RM500,000 dari seorang kenalan saya, kenapakah ahli-ahli politik PH semua baik-baik belaka sahaja masa saya lebih berkuasa sebagai Perdana Menteri?” katanya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments