Wednesday, May 15, 2024
HomeBERITAMAHKAMAHPersatuan Kesedaran Hak Perokok mohon Menteri Kesihatan tangguh larangan merokok sementara menunggu...

Persatuan Kesedaran Hak Perokok mohon Menteri Kesihatan tangguh larangan merokok sementara menunggu prosiding di Mahkamah Rayuan

Persatuan Kesedaran Hak Perokok hari ini memohon kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk menangguhkan pelaksanaan larangan merokok sehingga 30 Jun 2020.

Menurut Presidennya Mohd Hanizam Yunus permohonan lanjutan atau morotorium ini adalah penting kerana proses pengurusan kes di Mahkamah Rayuan akan diadakan pada 17.1.2020.

“Permohonan lanjutan morotorium ini adalah untuk membolehkan Mahkamah Rayuan selesaikan proses dan bicara Rayuan yang masih wujud di situ, agar tidak ada prejudis kepada kesemua pihak , samada pihak pelaksana Kementerian mahupun pihak perokok.

“Kami difahamkan oleh peguam kami, Haniff Khatri bahawa surat permohonan lanjutan morotorium itu telah dimajukan kepada YB Menteri Kesihatan pada 24.12.2019, namun masih belum ada mana-mana keputusan diperolehi lagi oleh kami”, katanya dalam satu kenyataan media.

Untuk itu, beliau memohon agar Menteri Kesihatan dapat mengeluarkan satu kenyataan yang positif, adil dan saksama terhadap permohonan ini sebelum 1.1.2020

“Saya mewakili ketujuh-tujuh pihak pemohon dan perayu yang telah membawa cabaran terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Malaysia berhubung Larangan Merokok di kesemua premis makanan yang digazetkan untuk berkuatkuasa mulai 1.1.2019 terdahulu”

29 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah menolak permohonan semakan kehakiman tujuh individu yang mencabar keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) mewartakan semua tempat makan sebagai kawasan larangan merokok, bermula awal Januari lalu.

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas meneliti semua dokumen dan hujah kedua-dua pihak dan beliau berpuas hati bahawa tindakan Kementerian Kesihatan itu tidak melanggar Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau memutuskan bahawa dakwaan perokok berhubung hak mereka terhakis kerana keputusan KKM mewartakan semua tempat makan sebagai kawasan larangan merokok adalah tidak berasas.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments