Saturday, July 13, 2024
HomeBERITALima filem Korea pecah panggung bagi tahun 2019

Lima filem Korea pecah panggung bagi tahun 2019

1) PARASITE

Kutipan : $127.4 milion

Bertemakan dark-comedy, Parasite mengisahkan tentang seorang lelaki yang tidak berkerja (Song Kang Ho) yang terlibat dengan kehidupan keluarga kaya selepas anak sulungnya (Choi Woo Shik) mula menjadi pengajar kepada anak perempuan keluarga kaya tersebut.

Dibintangi oleh Song Kang-Ho, Lee Sun-Kyun, Cho Yeo-Jeong, Choi Woo-Shik dan Park So-Dam.

2) EXTREME JOB

Kutipan : $120 milion

Filem bergenre aksi komedi mengisahkan sepasukan detektif menyamar sebagai pekerja restoran ayam bagi menumpaskan sindiket dadah.

Tetapi tugasan mereka tidak seperti yang dirancang apabila restoran berkenaan tiba-tiba menjadi terkenal kerana kelazatan ayam goreng itu.

Disebabkan populariti restoran yang tidak dijangka itu telah menyebabkan tugasan mereka menjadi sukar dengan kesibukan di restoran.

Terdiri daripada 5 orang aktor iaitu Ketua Detektif Go (Ryu Seung Ryong), Detektif Jang (Lee Hanee), Detektif Ma (Jin Seon-Kyu), Detektif Young- Ho (Lee Dong-Hwi) dan Detektif Jae-Hoon (Gong Myung).

3) EXIT

Kutipan : $79.9 milion

Yong-nam (Jo Jung-suk) merupakan seorang pendaki (rock climbing) terbaik semasa di zaman kolej namun kurang bernasib baik dalam fasa pekerjaan selepas tamat pengajian.

Setelah gagal mendapatkan pekerjaan selama bertahun-tahun dia menjadi seorang penganggur dan terpaksa bergantung kepada ibu bapanya.

Untuk ulang tahun ibunya yang ke 70, dia mengadakan parti di Dream Garden dan bertemu dengan bekas kekasihnya, Eui-ju (Im Yoon-a).

Namun sebuah bencana berlaku, bandar Seoul diliputi oleh gas putih misteri yang mengandungi toksik.

Ketika kejadian, dia perlu menggunakan kemahirannya mendaki gunung dengan bantuan Eui-ju untuk memastikan keselamatan semua orang.

Filem berkisarkan bencana alam dibintangi Jo Jung Suk, Im Yoon Ah, Go Doo Shim, Park In Hwan, Kim Ji Young, Kang Ki Young, Yoo Su Bin dan Jung Min Sung.

4) THE BATTLE : ROAR TO VICTORY

Kutipan : $34.8 milion

Filem sejarah yang menggambarkan sebuah pertempuran harga diri hingga berjuang sampai mati.

Pada tahun 1920, ketika Korea berada di bawah pemerintahan Jepun Hwang Hae-cheol (Yoo Hae-jin) yang memegang pedang kemerdekaan Korea dan orang bawahannya penembak jitu Byeong-gu (Jo Woo-jin) melakukan operasi untuk menyalurkan dana kepada Kerajaan Sementara Korea di Shanghai.

Semasa operasi Hwang Hae-chul bersatu semula dengan Jang-ha (Ryu Jun-yeol), seorang Komander skuad muda yang mempunyai misi bunuh diri untuk umpan tentera Jepun yang dipimpin oleh General (Kazuki Kitamura) dan Leftenan pertama (Hiroyuki Ikeuchi) ke Bongo-dong.

Salah satu filem klasik pecah panggung di Korea dan menjadi filem keempat terlaris di sepanjang tahun 2019.

Dilakonkan oleh Yoo Hae-jin, Ryu Jun-yeol, Jo Woo-jin, Hiroyuki Ikeuchi dan Kazuki Kitamura.

5) MONEY

Kutipan: $25.1 milion

Mengisahkan seorang lelaki muda bernama Jo Il-hyun (Ryu Jun-yeol) yang selalu bermimpi untuk menjadi orang kaya.

Untuk mengejar impiannya, Jo II-Hyun berkerja di pejabat kewangan Yeouido atau setara dengan Wall Street sebagai stock broker.

Tetapi tidak lama kemudian dia mendapati dirinya telah terjebak dalam penipuan pasaran saham.

Bintang filem Ryu Jun-yeol, Yoo Ji-tae dan Jo Woo-jin.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments