Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITATERKINIKerajaan tangguh pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP)

Kerajaan tangguh pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP)

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Kerajaan menangguhkan pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) yang sepatutnya bermula Januari tahun depan sehingga satu masa yang akan diumumkan kemudian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Mesyuarat Kabinet pada 18 Disember lalu telah memutuskan bahawa pelaksanaan PSP tidak diteruskan.

“Hal ini bagi memberi ruang untuk sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini.

“Proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan pada 7 Oktober lalu telah mengumumkan pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) bermula Januari 2020 sesuai dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Kerajaan memperuntukkan RM 2.4 billion bagi PSP dalam Belanjawan 2020 dengan jumlah penerima manfaat seramai 8 juta orang daripada kelompok B40 dan M40.

Menurut Datuk Seri Saifuddin, sementara menunggu pengesahan pelaksanaan PSP diumumkan, rakyat akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments