Di Seberang Perai seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dipercayai bertindak menikam ibu saudaranya dengan pisau, Jumaat lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pagi ini.
Suspek akan dibawa ke mahkamah jam 8 pagi untuk pendakwaan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Memetik akhbar Kosmo! Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kertas siasatan sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan mendapat arahan pertuduhan di mahkamah pagi ini.
“Keadaan mangsa (ibu saudara) suspek juga stabil dan masih menerima rawatan di Hospital,” katanya kepada media.
Terdahulu, reman terhadap remaja terbabit dilanjutkan tiga hari lagi bagi membantu melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.
Jumaat lalu, media melaporkan seorang wanita terpaksa menahan kesakitan apabila ditikam pada perut oleh anak saudaranya dalam kejadian di Flat Jalan Perai Jaya kira-kira pukul 11.30 pagi.
Kejadian dipercayai berlaku akibat pertengkaran mulut antara suspek dan ibu saudara mangsa berusia 35 tahun ketika berada di ruang tamu rumah berkenaan.
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply