Monday, May 20, 2024
HomeBERITAVIRALMinta bayarkan grab, seorang remaja berusia 13 tahun licik lakukan penipuan, lebih...

Minta bayarkan grab, seorang remaja berusia 13 tahun licik lakukan penipuan, lebih mengejutkan bukan seorang malah ramai yang telah menjadi mangsanya

Kebiasaannya yang kita dengar atau dilaporkan oleh media, perbuatan jenayah penipuan didalangi atau dilakukan oleh golongan dewasa tidak kira lelaki mahupun wanita.

Berbeza pula dengan perkongsian seorang wanita di twitter yang dikenali sebagai Hanan ini agak asing didengar di mana jenayah penipuan didakwa dilakukan oleh seorang remaja bawah umur.

 

Menurut Hanan, kejadian berlaku di sekitar KLCC di mana dia didatangi seorang remaja lingkungan 12 atau 13 tahun ketika sekitar di dalam kereta sementara menonton video di You Tube.

Ketika kejadian tanpa berfikir pelik, Hanan menurunkan tingkap kereta dan memulakan perbualan.

Remaja itu berfizikal agak berisi dan berambut sedikit kerinting sambil memegang sebotol air mineral serta sekeping kertas.

“Semekom kak. Saye bukan nak mencurik. Akak jangan takut.”

“Eh tak takut pun. Kenapa ye?” I was lying. I’m a woman alone at a parking lot with a stranger of course I was scared!

“Ha camni kak saye tadi datang sini saye beli tiket wayang cerita Maleficent…”

“Cerita pkl 9 japgi. Tapi tadi abg tmpt wayang tu cakap nanti malam2 LRT tak pegi Wangsa Maju dah. Abang tu cakap dia boleh panggilkan Grab. Tapi tadi saye ada 10ringgit saye dah topup touchngo” and showed me his TnG card

“So kalau kejap lagi lepas wayang habis, boleh tak akak hantar saye balik rumah saye kat Wangsa Maju?”

“Awak umur berapa?”

“Saye tingkatan 1 kak”

He said he came to KLCC lepas sekolah “sebab saye sekolah pagi” and took the train from Wangsa Maju. He came alone but told me his mother knows where he is.

“Wayang habis pkl berapa?”

“Pkl 10 kot. Paling lambat pun pkl 11 camtu la”

“Boleh la akak eh. Akak kan sorg je dlm kereta. Ada la tmpt saye nak duduk”

“Akak tak lalu Wangsa Maju la dik. Akak nanti hala ke Seremban”

“Kalau camtu takpe la kak”

“Kalau akak bagi awak duit, awak boleh balik naik Grab sendiri tak?”

“Boleh. Ada abg dgn akak kat tmpt wayang tu boleh tolong panggilkan Grab”

Menerusi perbualan lanjut bersama remaja itu, adik itu memberitahu dia adalah anak tunggal.

Dia mendakwa Ibu dan ayahnya sudah bercerai.

Ibunya pula bekerja pada waktu malam dan pulang pada subuh hari.

Berasa simpati dengan nasib dan dugaan yang menimpa, tanpa buruk sangka dan berfikir panjang Hanan menghulur duit RM50 kepada remaja berkenaan sebagai belanja untuk pulang ke rumah.

Sedih dan terkesan dengan peristiwa yang dilaluinya, Hanan bertindak berkongsi pengalaman terbabit di Twitter dan tanpa disangka perkongsiannya itu telah meraih tumpuan ramai.

Lebih mengejutkan apabila segelintir warga Twitter mengatakan mereka juga pernah mengalami situasi yang sama dengan remaja lelaki berkenaan.

Ada juga yang beranggapan remaja lelaki itu berkemungkinan mengikut arahan individu atau orang dewasa untuk melakukan penipuan dengan niat mendapatkan wang.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments