Siapa tidak mengenali pelakon drama bersiri Anak Pontianak, Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju yang sering diselubungi kontroversi.
Selain bidang lakonan, fokus Anju kini terarah kepada dunia perniagaan kosmetik dan penjagaan bahagian intim wanita miliknya.
Anju sangat aktif membuat IG review sering berkongsi aktiviti sehariannya di laman Instagram miliknya.
Baru-baru ini Anju telah berkongsi video di IGTV dimana dia membicarakan berkaitan keceluparan netizen mempersoalkan bahagian ketiaknya.
Menurutnya, dia sering membaca komen-komen yang ditulis oleh netizen dan terdapat kritikan mengatakan ketiaknya hitam malah menyuruhnya membuat rawatan untuk memutihkan kembali bahagian ketiaknya itu.
Kata Anju, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan bentuk tubuhnya, termasuk warna kulitnya.
Tambahnya lagi, mengapa netizen perlu meminta dan mengarah dirinya untuk mengubah sesuatu yang ada pada dirinya semata-mata untuk memuaskan hati mereka?
Anju sempat menitipkan beberapa pesanan buat para peminat dan netizen yang suka mencemuhnya agar menerima sisi baik dan buruk diri sendiri terlebih dahulu.
“i hope some of you, some day you will find your inner peace” ujar Anju sebelum mengakhiri rakaman videonya.
Di ruangan komen pula ramai yang bersetuju dengan pendapat yang dinyatakan olehnya.
Leave a Reply