Wednesday, July 17, 2024
HomeEKONOMIBIZZNEWSPerkhidmatan bas mewah dua tingkat diperkenalkan dan memulakan operasi keenam lokasi pilihan

Perkhidmatan bas mewah dua tingkat diperkenalkan dan memulakan operasi keenam lokasi pilihan

Satu berita baik bagi mereka yang ingin menikmati perkhidmatan bas tetapi mahukan keselesaan seperti menginap di hotel.

Aeroline menawarkan perkhidmatan bas mewah bertaraf kelas pertama keenam lokasi pilihan ke Singapura, Johor Bahru, Pinang, Kuala Lumpur, Bandar Utama dan Bandar Sunway.

Bas dua tingkat ini bukan sahaja menyediakan tempat duduk yang luas malah ia dilengkapi dengan bantal dan selimut untuk keselesaan para penumpang.

Selain terdapat ruangan meletak kaki bagi mengelakkan kekejangan semasa perjalanan panjang, di dalam bas berkenaan turut tersedia tempat pengecasan elektrik di sisi tempat duduk.

Tambah menarik lagi, para penumpang tidak perlu risau sekiranya merasa lapar ketika berada di dalam bas oleh kerana pakej Aeroline adalah termasuk dengan servis makanan dan minuman.

Malah di dalam bas juga para penumpang akan dilayan oleh krew kabin terlatih bagi memastikan perjalanan anda selesa dan menyenangkan.

Selain itu, Aeroline turut menawarkan hiburan menerusi pad skrin sentuh beserta fon kepala yang disediakan di setiap kerusi.

Para penumpang boleh menonton beberapa pilihan filem, muzik dan permainan terkini yang tersedia bagi mengelakkan kebosanan.

Yang paling penting di dalam bas Aeroline juga terdapat tandas!

Dan yang terakhir, anda akan mendapat potongan diskaun sekiranya melakukan pembayaran secara dalam talian ataupun menggunakan kad Aeroline.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments