Saturday, July 13, 2024
HomeBERITARundingan perdagangan Amerika Syarikat - China semakin susut, bursa Malaysia dibuka bercampur

Rundingan perdagangan Amerika Syarikat – China semakin susut, bursa Malaysia dibuka bercampur

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini berikutan keyakinan berhubung rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang semakin susut sungguhpun kedua-dua gergasi ekonomi itu memeterai perjanjian “fasa pertama”.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.02 mata atau 0.13 peratus kepada 1,569.14 daripada 1,571.16 penutup Jumaat.

Indeks itu dibuka 2.73 mata lebih rendah pada 1,1568.43.

Bagaimanapun, kaunter naik mengatasi kaunter turun sebanyak 157 berbanding 101 dengan 209 kaunter kekal tidak berubah, manakala 1,519 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Sejumlah 134.40 juta saham bertukar tangan bernilai RM96.03 juta.

SourceBernama
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments