Sunday, October 20, 2024
HomeEKONOMIBIZZNEWSPendapatan Nike melonjak lebih kukuh

Pendapatan Nike melonjak lebih kukuh

NEW YORK – Nike pada Khamis dilaporkan memperoleh lonjakan dalam pendapatan suku tahunannya tahun ini.

Ketua Pegawai Kewangannya, Andy Campion berkata harga mengukuh dan Nike mengalami kenaikan dalam jualan langsung, dibantu oleh kenaikan tarif perdagangan Amerika Syarikat, AS.

Nike mencatatkan peningkatan 31.6 peratus dalam keuntungan suku kedua fiskal kepada AS$1.1 bilion atau RM4.56 bilion.

Pendapatan melonjak 10.2 peratus kepada AS$10.3 bilion atau RM42.66 bilion ekoran peningkatan dua angka di China dan kawasan lain di luar pasaran domestiknya.

Jualan di Amerika Utara juga turut meningkat kira-kira lima peratus.

Margin keuntungan kasar meningkat berikutan harga lebih tinggi dalam jenama Converse dan jualan langsung kepada pelanggan yang dipacu oleh pelaburan tinggi dalam aplikasi telefon pintar dan teknologi lain.

Keuntungan berkenaan diimbangi oleh kos lebih tinggi berikutan tarif AS ke atas import China bagi beberapa barangan kasut dan pakaian pada suku berkenaan.

Presiden Donald Trump pada minggu lalu, mengenakan satu lagi pusingan tarif ke atas barangan China yang mengancam produk tambahan Nike.

Andy Campion, berkata hasil berkenaan mencerminkan kejayaan pelaburan strategik dan sasaran dalam transformasi digital syarikat.

Dalam pada itu Nike turut mengumumkan pada Oktober bahawa Mark Parker akan meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif pada Januari dan akan digantikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif eBay, John Donahoe.

Parker akan kekal sebagai pengerusi eksekutif.

Saham Nike merosot 0.6 peratus pada Khamis selepas dua jam dagangan kepada AS$100.53.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments