Thursday, May 30, 2024
HomeBERITAPesakit kanser tahap empat yang terlantar terpaksa hadir ke pejabat KWSP untuk...

Pesakit kanser tahap empat yang terlantar terpaksa hadir ke pejabat KWSP untuk proses pengeluaran wang caruman, prosedur KWSP dikecam ramai

Sedia membantu anda merupakan slogan mesra pelanggan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pastinya orang ramai dan pencarum akan membayangkan kemudahan serta bantuan yang akan diterima terutama ketika dalam kesusahan.

Namun ianya nyata berbeza dengan apa yang dilalui oleh seorang pemilik Facebook Nur Sheila Abdullah. Dia berkongsi dan memuat naik perkongsian menceritakan kejadian yang berlaku ketika berurusan di pejabat KWSP.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2755237054571322&id=100002551625143

“Terfikir sejenak saya, betul ke slogan tu… atau sekadar membantu bagi pencarum yg sehat… klu yg dh sakit & bedded sila bantu diri anda sendiri ūüė¨” tulisnya.

Tambahnya, dia dan abangnya telah membuat pertanyaan di kaunter pertanyaan KWSP Johor Bahru mengenai pengeluaran kesemua baki akaun satu milik kakaknya yang kini berusia 56 tahun yang menghidap sakit kanser tahap empat yang kini terlantar (bed ridden).

Oleh kerana situasi dan keadaan terdesak, mereka meminta jasa baik pihak pengawai KWSP membuat lawatan ke rumah untuk mendapatkan cop jari secara manual dan pengesahan diri pencarum.

Namun jawapan yang diterima oleh mereka agak menyedihkan apabila pegawai berkenaan memberitahu tidak boleh melakukan lawatan ke rumah tetapi pencarum harus menghadirkan diri ke pejabat untuk pengesahan cop jari mengunakan mesin mereka.

“Tak kesahlah nk dtng naik ambulance & mengunakan stretcher pun blh janji dtng. Allahuakbar…” tulisnya lagi.

Tambahnya lagi, kawasan pejabat KWSP juga tidak terdapat kemudahan untuk memarkir ambulance mahupun ruangan untuk pesakit yg kehilangan upaya.

Mereka hanya menyediakan kemudahan untuk OKU (Orang Kurang Upaya) tetapi bukan untuk orang kehilangan upaya.

Lebih memilukan apabila ambulans yang disewa diarahkan oleh pengawal keselamatan untuk ke belakang bangunan dengan alasan tidak mahu menganggu bahagian hadapan bangunan.

Pada akhirnya seorang pengawai datang untuk menguruskan berkenaan ambulans dan mengarahkan MA (Medical Asisstant) untuk menolak stretcher masuk ke kaunter.

Apa yang menyedihkan apabila ketika salah seorang pengawai berkata mereka sebenarnya boleh menggunakan cara cop jari manual namun agak lambat.

Pegawai terbabit turut mempersoalkan mengapa mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu ketika berurusan di kaunter pertanyaan.

Dalam pada itu, Nur Sheila juga memohon supaya KWSP menilai semula perkhidmatan dan SOP ( Standard Operating Procedures) yang telah ditetapkan.

“Kita hidup di negara yg dikategorikan sbgi negara yg agak maju & demokrasi… ubahlah cara kita berfikir… think out of box… and pls do something on this. Saya Bangga menjadi Rakyat Malaysia ūüá≤ūüáĺ dan bukan sahaja menjadi negara yg maju tapi pemikiran pun perlu maju kehadapan!!!” tulisnya lagi.

Di akhir perkongsiannya dia berkata bukan berniat untuk mencari kesalahan tetapi ianya perlu untuk perubahan bagi kemudahan sebagai pencarum di masa akan datang kerana sehingga kini pihak KWSP tidak memberi sebarang tindak balas terhadap aduannya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments