Monday, July 15, 2024
HomeBERITAKali kedua bergelar suami, Issey pilih rakan lama sebagai suri hatinya

Kali kedua bergelar suami, Issey pilih rakan lama sebagai suri hatinya

Pelakon dan penyampai radio stesen Suria FM, Fazlisham Mat Hussein atau Issey telah pun selamat diijabkabulkan pada hari ini.

Issey yang sebelum ini mengejutkan pendengar apabila mengumumkan secara ‘live’ tentang tarikh pernikahan di segmen pagi kelolaannya bersama rakan gandingan, Fizi Ali.

Issey memilih rakan lamanya, Noor Aimi Jamel yang juga seorang ibu tunggal dan mempunyai tiga orang anak dari hasil perkahwinan terdahulu.

Acara akad nikah disempurnakan oleh Timbalan Imam Masjid Mukim Pauh Panji iaitu Tengku Mahmud Tengku Ibrahim.

Majlis berkenaan diraikan dalam suasana meriah di Calamaya Garden 781, Kota Bharu dengan dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan terdekat.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments