Wednesday, July 17, 2024
HomePOLITIKNyahkan saja tuntutan terhadap Sabah! - Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik

Nyahkan saja tuntutan terhadap Sabah! – Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik

oleh Tan Sri Dr Abdul Rahim bin Tamby Chik

Pendirian PM dalam hal tuntutan keluarga Sultan Sulu terhadap Sabah adalah tegas, tepat dan mantap!

Bila termaktubnya penubuhan Persekutuan Malaysia yang diiktiraf oleh PBB dan masyarakat antarabangsa, secara automatik segala perjanjian berkaitan Sabah oleh mana-mana pihak adalah terbubar dan tidak absah.

Kerana ini merupakan konvensyen antarabangsa maka kerajaan Malaysia tidak perlu melayan atau respon kepada mana-mana ugutan atau tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak termasuk dari Sulu…

Dahulu apabila berlaku pemberontakan masyarakat Islam di selatan Filipina terhadap kerajaan pusat Manila, Malaysia telah sama-sama meredakan ketegangan perang saudara ini sebagai membantu negara jiran dalam semangat solidariti ASEAN.

Malah sehingga sekarang Tentera Malaysia masih lagi berada dan bertapak di bumi Mindanao sebagai pasukan “peace-keeping force” bagi memastikan situasi keamanan terus terpelihara disana.

Tetapi apabila keluarga “bekas” Kesultanan Sulu membuat tuntutan terhadap sebahagian dari bumi Malaysia yang berdaulat (Negeri Dibawah Angin), tidak ada langsung tindakan reciprokal yang ditunjukkan oleh kerajaan Filipina terhadap Malaysia.

Sebaliknya, Senate Filipina merestukan tuntutan bekas Kesultanan Sulu ini walaupun kumpulan pengganas ini pernah menyerang Sabah secara ganas, secara haram dan bersenjata satu ketika dulu.

Sikap dan tindakan kurang bertanggungjawab Manila ini amat dikesali seolah-olah mereka memperlekehkan inisiatif dan kontribusi positif negara ini dalam meredakan pemberontakan umat Islam di selatan Filipina di masa lalu.

Elok juga di saat ini Menteri Luar kita memanggil Duta Besar Filipina di Kuala Lumpur dan mengeluarkan kenyataan yang jelas dan berani bahawa Malaysia tidak akan lagi melayan sebarang tuntutan lapok dari pihak Sulu secara total dan mutlak.

Jika boleh, kerajaan Filipina harus membenarkan pasukan keselamatan Malaysia termasuk unit-unit komandonya menyeberang persempadanan bersama untuk bertindak keatas pengganas-pengganas dan lanun-lanun Sulu yang sentiasa melihat negara ini sebagai objek peras ugut mereka untuk mendapatkan “wang” secara mudah dan mengganas!!

*Tan Sri Dr Rahim bin Tamby Chik merupakan seorang ahli politik negara. Pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Beliau sering di gelar Akitek Pembangunan Negeri Melaka. Kini beliau adalah Pengerusi Yayasan Penggerak Wawasan (YPW) dan Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GAPEM). Kedua-duanya Pertubuhan NGO National.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Malaya Post.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Abdul Rahim bin Thamby Chik

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments