Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAPRU 15: Tun M akui parti pembangkang perlu bersama melawan BN

PRU 15: Tun M akui parti pembangkang perlu bersama melawan BN

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui parti-parti pembangkang perlu bersama untuk melawan parti Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Menurut Pengerusi Pejuang itu, blok pembangkang telah menyuarakan cadangan untuk membentuk gabungan politik baharu berikutan kesedaran bahawa perpecahan telah membenarkan BN memenangi pilihan raya negeri Johor baru-baru ini.

“Ada cadangan-cadangan daripada parti-parti pembangkang supaya kita tidak berpecah. Jelas sekali bila berpecah menyebabkan kita kalah, bukan sebab kita kurang sokongan.

“BN hanya berjaya mendapat sokongan sebanyak 35% dalam pilihan raya negeri. Walaupun dengan 35%, ia mengawal dua pertiga dan mempunyai hak untuk meminda perlembagaan negeri”, katanya.

Jelas Tun Dr. Mahathir, walaupun kerajaan dibentuk melalui undi minoriti, tambahnya, BN akhirnya memperoleh majoriti dua pertiga.

Kepada satu soalan sama ada Pejuang akan bekerjasama dengan parti-parti lain pada PRU nanti, Tun Dr Mahathir berkata perkara itu perlu dikaji dengan mendalam berikutan kesan buruk daripada kerjasama terdahulu.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Parti Pejuang Tanahair di ibu negara siang tadi.

Pada PRN Johor menyaksikan parti Pejuang kalah teruk di semua 42 kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) ditandingi dengan majoriti calonnya hilang wang pertaruhan.–THE MALAYA POST.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments