Sunday, May 26, 2024
HomeBERITAEKSKLUSIFBUBAR : Biar PM berbincang dengan Presiden – Mahdzir Khalid

BUBAR : Biar PM berbincang dengan Presiden – Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Pembubaran Parlimen adalah hak prerogatif Perdana Menteri, justeru semoleknya biarlah Perdana Menteri berbincang dengan Presiden parti untuk menentukan bila waktu sesuai pembubaran parlimen.

“Pada pendapat saya ia adalah prerogatif YAB Perdana Menteri kerana Perdana Menteri sahaja boleh menilai tentang apa yang dibuat dalam kerajaan beliau mengetuai kerajaan dan PM lebih tahu apa nak buat. Inilah buat kali pertamanya Perdana Menteri orang lain Presiden parti orang lain nak kena bincang elok-elok lah”, katanya dalam satu temubual eksklusif bersama The Malaya Post pada Selasa.

Datuk Seri Mahdzir berkata suasana politik negara kini sangat luar biasa di mana bukan sahaja Perdana Menteri dan Presiden parti berlainan individu.

Malahan, menteri-menteri kabinet juga daripada berlainan parti politik.

“Sebenarnya ini luar biasa. Parti lain duduk sama-sama dalam kabinet, tapi keluar dari bilik pakai baju masing-masing atas pentas masing-masing, balik nanti masuk kabinet duduk sebelah lagi, saya tak fikir bahawa apa yang berlaku ini menjejaskan hubungan rakan-rakan antara parti dalam kerajaan, sangat professional masing-masing tak apa lah yang tu kat Johor, jadi kita lebih fokus pada kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid walaupun, UMNO-BN telah berjaya memenangi dua PRN dan pilhanraya kecil namun ia tidak boleh dijadikan naratif atau kayu pengukur pilihan raya harus dilakukan dalam waktu terdekat.

“Naratif pilihanraya tak boleh berasaskan kepada apabila kita menang satu-satu pilihanraya tu, kita kena letak satu naratif sebenar kita perlu mempunyai cukup info untuk mengadakan pilihan raya , cukup maklumat maksudnya persediaan untuk proses data lebih 30 juta rakyat dapat dilaksanakan kita mempunyai jentera yang cukup, kita mempunyai persediaan yang lain dan kalau semua dah bersedia kita ada dua institusi yang berlainan dalam parti UMNO, PM dan Naib Presiden Parti kita iaitu Datuk Seri Ismail sabri dan Presiden Parti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid jadi pada saya Presiden Parti dan PM molek berbincang untuk menentukan pada waktu mana yang paling sesuai untuk melakukan pilihan raya”, katanya.

Sebaliknya kata Datuk Seri Mahdzir pengajaran penting yang dapat diambil dalam kemenangan BN dalam pilihan raya Johor adalah solidariti parti iaitu kebersamaan dan persaudaraan dalam parti.

“Satu fakta kejayaan Barisan Nasional di Johor ini adalah solidariti parti, parti boleh buang dulu perkara yang lain fokus dan semua bersatu, berpakat untuk memenangkan calon.

“Keduanya kita tengok sebaik calon diumumkan kita tidak mengambil masa yang lama untuk selesai masalah dalaman yang berlaku maksudnya kalau A dipilih B dan C tidak dipilih kebiasaannya ambil masa sampai 10 hari untuk pujuk tapi dalam konteks Johor ni, saya fikir kita ambik masa yang pendek sahaja anda tak dapat , kami menerima calon yang dipilih dan kita sokong calon itu dari semua “angle” kita sokong calon itu”, katanya.

Katanya walaupun berdasarkan laporan BN menang 40 kerusi pada pilihan raya Johor tetapi undi popular tidak memihak kepada BN dengan 43.11% atau 599793 undi namun ia bukan perkara utama kerana Malaysia mengamalkan “First-Past-The-Post-System election”.

“Dalam konteks negara kita menjalankan demokrasi berlainan dari sesetengah negara lain yang mengamalkan presidential election satu undi untuk satu presiden tapi dalam konteks kita tidak buat presidential election kita mengamalkan First-Past-The-Post-System election maknanya kita berada di sebuah daerah itu atau di kawasan itu untuk menentukan pilihan raya dan individu-individu itu yang bertanding atas parti masing-masing bukan macam di Amerika Syarikat atau Indonesia itu ada bezanya contohnya pengundi ada 30,000 dalam dewan negeri A ada 30,000 tapi yang datang undi 10 orang sahaja, 7 orang undi calon A, 2 orang undi B, calon C pula menerima 1 undi maknanya calon A menang kelebihan 7 undi, tolak lagi 3 undi tu dengan kelebihan 4 undi majoriti di dewan negeri itu masih dikira, bukan kira masalah undi popular atau tak popular sebab kita punya kaedah kita lain”, katanya.

Kepada satu soalan lain mengenai peluang BN pada masa depan berdasarkan keputusan berkenaan, ini pula jawab beliau.

“Selain dari pengundi yang mengundi Barisan Nasional dipanggil pengundi tegar , ada juga pengundi yang akan datang dalam tempoh pilihan raya, dia datang kerana pada waktu itu ekonomi dalam keadaan terbaik , dia datang kerana keadaan dia dapat melihat bahawa Barisan Nasional ini dapat membawa kestabilan jadi benda lain kononnya menjadi ukuran, itu akan menjadi penanda aras kepada masa hadapan Barisan Nasional bukan sahaja faktor daripada negeri Johor sebab Johor satu negeri kan , kalau anda cakap mengenai masa depan nanti mungkin satu masa nanti atau pilihan raya dikira national di semua negeri , jadi semuanya diambil kira”, katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments