Wednesday, May 29, 2024
HomeBERITAKes Ganja: Yassin Sulaiman kirim salam pada Syed Saddiq

Kes Ganja: Yassin Sulaiman kirim salam pada Syed Saddiq

Penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman, 47 hari ini sempat berpesan kepada pihak media agar menyampaikan salamnya kepada Yang Berhormat Syed Sadiq.

Pesan ringkas itu dinyatakan kepada media sebelum memasuki mahkamah untuk prosiding kes.

“Kirim salam kepada YB Syed Sadiq. Minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” katanya.

Yassin ditahan di sebuah kondominium di Kota Damansara pada 25 Mac lalu kini dibawa ke Mahkamah Majistret bagi menghadapi pertuduhan kes berkaitan dadah.

Malah, Yasin juga akan dituduh mengikut Seksyen 39B (1) (a) , 39B (2) akta yang sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati,  perlu disebat tidak kurang 15 kali.

Dan bagi kesalahan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana setiap satu daripadanya didakwa masing-masing di Mahkamah Majistret dan Sesyen, kesalahan ini boleh membawa kepada hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan jika sabit kesalahan.

Rabu lalu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan, pertuduhan di mahkamah dibuat selepas polis menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Terdahulu, suspek ditahan bersama 17 pokok ganja yang dipercayai ditanam sejak dua bulan lalu dalam satu serbuan di kediamannya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments