Saturday, October 19, 2024
HomePOLITIKKenyataan Nga Kor Ming satu ugutan pada PM

Kenyataan Nga Kor Ming satu ugutan pada PM

Kenyataan Penolong Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming bahawa DAP akan keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) adalah bersifat ugutan terhadap Perdana Menteri.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Dato’ Paduka Ibrahim Ali berkata Nga tidak perlu berdolak dalih dalam isu berkenaan sehingga menyalahkan media.

“Memang jelas dia kata tak iktiraf UEC DAP akan keluar daripada kerajaan PH, betul dah tajuk artikel yang keluar itu.

“Saya baca artikel itu, saya ketawa besar, sudah jadi kelaziman sekarang ini nak lepaskan diri salahkan media.

“Kalau tak lulus UEC DAP keluar PH Dr Mahathir Mohamad boleh hilang jawatan, ini boleh ditakrifkan sebagai satu ugutan kepada Perdana Menteri,” katanya kepada media di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Nga Kor Ming berkata DAP akan keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan jika Putrajaya enggan mengiktiraf Sijil UEC.

“Kita malah capai kesepakatan bahawa bahawa DAP tidak akan teragak-agak keluar dari kerajaan jika UEC tidak diiktiraf.

“Tidak kisah jika kita tiada lagi dalam gabungan parti pemerintah. Ini prinsip yang kita pegang,” kata Nga kepada Oriental Daily.

Sebahagian daripada video wawancara itu dimuat naik ke atas talian.

PH, terutamanya DAP, dihentam masyarakat dan parti Cina atas alasan lambat dalam usaha memastikan kerajaan mengiktiraf UEC, seperti dinyatakan dalam manifesto 2018 PH.

Sementara itu, Dato’ Paduka Ibrahim yang juga Presiden Perkasa berkata, beliau konsisten menolak pengiktirafan UEC kerana jelas bertentangan dengan perlembagaan negara.

“Tak bagus satu negara ada dua sistem pendidikan, Putra atau Perkasa berpendirian UEC tidak boleh diiktiraf.

“Kenapa dalam isu tulisan Jawi DAP menentang, namun dalam hal ini mahukan UEC diiktiraf,” katanya lagi. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments