Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAViral rakaman video Salman Khan merampas telefon bimbit peminat

Viral rakaman video Salman Khan merampas telefon bimbit peminat

Pelakon tersohor, Salman Khan menjadi perhatian ramai apabila video dirinya merampas telefon bimbit milik salah seorang peminatnya mula tersebar.

Di dalam video berkenaan memaparkan bintang Bollywood berkenaan menepis dan merampas telefon bimbit seorang lelaki yang cuba mengambil gambar tanpa kebenarannya.

Dengan merasa kesal Salman Khan merampas telefon terbabit dan berlalu pergi semasa keluar dari balai ketibaan.

Insiden itu berlaku ketika aktor berusia 54 ini bersama beberapa pembantu dan pengiringnya berada di Lapangan Terbang Goa.

Lelaki yang cuba berswafoto bersama pelakon itu dipercayai merupakan salah seorang kakitangan syarikat penerbangan.

Terbaharu, Salman Khan akan membintangi filem ‘Radhe : Your Most Wanted Bhai’.

Filem ini diarahkan oleh Prabhudheva dan turut dibintangi oleh Randeep Hooda dan Disha Patani.

‘Radhe’ akan ditayangkan di pawagam sebelum sambutan Aidilfitri, 22 Mei 2020. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments