Friday, July 19, 2024
HomeEKONOMIBIZZNEWSJualan kenderaan November merosot

Jualan kenderaan November merosot

Jumlah jualan kenderaan susut 2.4 peratus kepada 52,584 unit pada November daripada 53,870 unit pada Oktober.

Daripada 52,584 unit yang dijual bulan lalu, sebanyak 47,754 adalah kereta penumpang.

Manakala baki 4,830 adalah kenderaan komersial.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataannya berkata pengeluaran bagi November merosot kepada 46,517 unit berbanding dengan 50,304 unit setahun lalu.

“Jualan November bagaimanapun 8.9 peratus lebih tinggi berbanding 48,282 unit dalam tempoh sama setahun lalu disebabkan oleh kempen promosi akhir tahun,” katanya.

Dalam pada itu MAA menjangkakan jualan bagi bulan ini adalah mendatar.

Jualan keseluruhan industri (TIV) bagi tempoh Januari hingga November tahun ini adalah mendatar iaitu 549,445 unit berbanding 550,410 unit dalam tempoh sama sebelumnya.

Bagi pengeluaran kenderaan dalam tempoh itu, ia meningkat kepada 528,333 unit berbanding 522,571 unit dalam tempoh sama sebelumnya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments