Tuesday, July 23, 2024
HomePOLITIKSah! Dato' Seri Anifah Aman tidak akan bertanding di PRK Kimanis sebaliknya...

Sah! Dato’ Seri Anifah Aman tidak akan bertanding di PRK Kimanis sebaliknya akan menyaman SPR untuk ganti rugi

Bekas Menteri Luar, Dato’ Seri Anifah Aman mengesahkan tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil, PRK Kimanis.

Sebaliknya beliau akan bertanding semula pada pilihan raya umum ke-15.

“Ini adalah detik emosi bagi saya untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil ini.

“Saya percaya bahawa kecuaian Suruhanjaya Pilihan Raya telah menyusahkan rakyat di Kimanis dan pembaziran wang pembayar cukai.

“Saya akan bertanding semula di Kimanis pada PRU15,” kata Dato’ Seri Anifah dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, kerusi Kimanis kosong susulan tindakan Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lalu yang mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan keputusan PRU ke-14 bagi kerusi parlimen itu.

Dato’ Seri Anifah berkata walaupun beliau tidak bersetuju dengan keputusan itu tetapi tetap menghormatinya.

Namun, beliau akan memfailkan saman terhadap SPR untuk ganti rugi.

Pada PRU14, Anifah memenangi kerusi Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi.

Beliau memperolehi 11,942 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang Karim yang mendapat 11,786 undi.

Manakala calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail yang menerima 1,300 undi.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments