Friday, July 12, 2024
HomeBERITAVIRALBelum reda isu pembuli ‘Body Shaming’, seorang gadis lepas geram di laman...

Belum reda isu pembuli ‘Body Shaming’, seorang gadis lepas geram di laman Twitter kerana kes yang sama

Lagi kes “Body Shaming”.

Perkongsiaan cerita seorang gadis pemilik akaun Twitter bernama Hanis ini sedikit sebanyak harus dijadikan panduan untuk kita semua agar tidak menghina rupa paras sesiapa.

Baru-baru ini Hanis telah memuatnaik dua keping gambar bukti kelakuan biadap rakannya sendiri di mana gambar pertama memaparkan “screenshot” dari laman instagram menunjukkan rakannya itu memberikan komen mengenai gambar yang dimuatnaik di Instastorynya.

Manakala gambar kedua pula memaparkan paparan skrin mesej dari aplikasi WhatsApp seseorang yang menghantar mesej berunsur penghinaan keadaan fizikal dan rupa Hanis.

Menurut Hanis, sebelum ini dia kerap kali menerima mesej dan komen hinaan dari seorang rakan lelaki yang mengutuk keadaan dirinya namun dibiarkan sahaja.

“Dah lama dah aku tahan sebenarnya sebab aku bukan jenis tissue cuma entahlah makin lama makin benci makin sakit bila macam macam dia cakap hahahaha bukan aku tak pakai skin care haha cuma tula aku terburuk sikit je” tulis Hanis.

Tambahnya, dia pada mulanya tiada masalah dengan rakannya itu cuma tidak pasti dan agak pelik dengan ‘common sense’ rakannya itu.
“Biasa la lelaki kan cakap main lepas je” ujar hanis.

Kata Hanis lagi, tujuannya memuat naik entri berkenaan adalah untuk memberitahu bahawa dengan hanya melalui kata-kata sahaja juga boleh menyakitkan perasaan dan membunuh jiwa seseorang.

Di ruangan komen perkongsiannya, ramai rakan Twitter yang tidak berpuas hati dengan tindakan rakan hanis berkelakuan sedemikian.

“Wow.. Sabar sis! Because of this few mangkuk hayun. Some people boleh down teruk and confident level dia terus takda. Malaysia skrg dah ada akta for body shaming right? So apa lagi?! SAMAN DIA! HAHAHAHHAHA” _Mcdina

Tidak kurang juga yang turut memberi sokongan moral dan semangat kepada Hanis.

“Takpe babe, you still have a long way to go, invest in yourself and embrace your beauty in your way. Kalau i, i block orang jenis camtu sebab akan kurangkan confidence i.” -Lynnlyna_

Entri berkenaan setakat ini telah diulangkicau 3,879 dan menerima 4309 tanda suka.

Agaknya rakan lelaki Hanis tu dah rasa dirinya cukup sempurna kot!

Apa-apa pun, diharap rakan lelakinya yang bersikap biadap dan juga netizen berhenti melontarkan kata-kata berbaur hinaan mengenai fizikal dan rupa paras seseorang.

Body Shaming is a Crime!

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments