Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAMasalah wanita rendah apabila cermin tergantung tinggi hanya terlihat tangan sahaja, gurauan...

Masalah wanita rendah apabila cermin tergantung tinggi hanya terlihat tangan sahaja, gurauan Vivy Yusof mencuit hati peminatnya

Wanita dan cermin pastinya tidak dapat dipisahkan bukan? Pantang ternampak cermin, pasti ada sahaja yang ingin dibetulkan.

Namun bagi wanita yang rendah, pastinya akan mempunyai masalah dengan cermin yang digantung agak tinggi.

Perkongsian pemilik dan pengasas platform E-dagang fesyen terkemuka, FashionValet, Vivy Yusof telah mencuit hati para pengikutnya apabila dia berkongsi pengalamannya dan menulis, “Mirrors that hurt my feelings. ???? #shortpeopleproblems #imhereguys #downhere”.

Vivy juga berkongsi sekeping gambar yang memaparkan sebuah cermin bulat dan terlihat hanya tangannya sahaja pada pantulan cermin berkenaan.

Entri yang dimuat naik oleh pemilik produk kecantikan terkemuka jenama Duck nyata menghiburkan para pengikutnya malah tidak kurang juga yang meluahkan perasaan yang sama apabila turut melalui pengalaman yang sama.

“mirrors hurt my feelings too” -anisahaziera

“hahahaha i totally can relate. Im 153cm lmaoooo” -rdhhmlk

“this is what i feel when everytime i go to public toilet” -yasminafrina_

Nampaknya Vivy dan para peminatnya yang memiliki susuk basan kecil molek perlu membawa cermin peribadi kemana-mana selepas ini.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments