Sunday, October 20, 2024
HomeBERITAVIRALSiapa punya angkara? Seekor kucing dan anjing diwarna cat biru serta hijau...

Siapa punya angkara? Seekor kucing dan anjing diwarna cat biru serta hijau cetus kemarahan ramai

Jika diimbas kembali, ada beberapa kes penganiayaan terhadap haiwan dan binatang berlaku di negara kita.

Perbuatan jahat ini semakin berleluasa disebabkan terdapat segelintir individu yang sudah hilang pertimbangan dan prikemanusiaan.

Terbaharu Persatuan Haiwan Malaysia telah berkongsi satu status berkenaan kesĀ  penganiayaan terhadap seekor kucing di facebook rasminya.

Budaya mengecat haiwan makin menjadi-jadi di negara ini. Sebelum ini anjing dicat hijau. Kini kucing pula dispray warna…

PubliĆ©e par Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association sur Mardi 12 novembre 2019

Dalam foto terbabit kelihatan seluruh badan seekor kucing ini telah diwarnakan menggunakan penyembur berwarna biru.

 

Yang nyata perbuatan sebegini boleh mengundang bahaya dari aspek kesihatan haiwan berkenaan.

Kemungkinan kucing berkenaan berisiko kehilangan nyawa akibat racun dan toksin apabila makhluk ini menjilat bulunya yang telah diwarnakan itu.

Dalam kes berbeza, seekor anjing pula telah disembur dengan warna hijau.

Foto anjing berwarna hijau terbabit ditemui oleh penduduk di Subang Bestari dan mula bertebaran di laman media sosial.

Untuk rekod individu yang telah melakukan penganiayaan pada binatang telah dikenakan hukuman setimpal namun nampak gayanya ia masih belum cukup memberi kesedaran serta keinsafan terhadap masyarakat.

Sehubungan itu, orang ramai diseru agar segera membuat laporan terhadap pihak berkuasa atau “Fanpage Animal Malaysia” sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai penganiayaan sedemikian.

Perkongsian terbabit meraih pelbagai reaksi dan komen itu telah menjadi perhatian warganet yang turut prihatin terhadap isu berkenaan.

Malah ramai yang meluahkan rasa marah dan geram terhadap si pelaku dan berharap mereka yang menzalimi haiwan menerima hukuman yang setimpal.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments