Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAJENAYAHTiga anggota polis dakwa cedera dipukul pegawai SPRM

Tiga anggota polis dakwa cedera dipukul pegawai SPRM

KUALA LUMPUR – Tiga anggota polis mendakwa cedera dipukul pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam baru-baru ini.

Memetik laporan Bernama, Ketiga-tiga anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh berumur 24, 25 dan 26 tahun itu telah hadir di pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes dikendalikan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, mereka mendakwa telah ditumbuk, ditampar serta ditendang ketika proses mengambil keterangan oleh pegawai SPRM dalam sebuah bilik pada 24 dan 26 Dis lepas.

Laporan polis kemudiannya dibuat oleh ketiga-tiga anggota pada 27 Dis, berkenaan pegawai SPRM melakukan kekerasan ketika menjalankan proses merakam percakapan.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan yang tiga anggota itu membuat laporan berkenaan.

SPRM Selangor bagaimanapun belum memberi maklum balas berhubung kes itu.

SourceBernama
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments