Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAAnggota polis sedang bertugas maut dengan kesan tembakan di kepala

Anggota polis sedang bertugas maut dengan kesan tembakan di kepala

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis berusia 26 tahun ditemukan maut dengan kesan tembakan ketika sedang bertugas di sekitar Dengkil, Sepang dekat sini, dalam kejadian kira-kira 3.55 pagi semalam.

Memetik laporan bernama, Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata ketika itu anggota polis berkenaan bersama-sama anggota pasukan yang lain sedang menjalankan sekatan jalan raya di kawasan itu.

Beliau berkata ketika anggota lain sedang sibuk menjalankan tugas, tiba-tiba mereka terdengar bunyi letupan dan melihat anggota itu telah rebah di atas jalan raya.

“Pihak polis masih menyiasat punca kejadian berkenaan untuk melengkapkan siasatan kes ini,” katanya,

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang tengah hari tadi, telah menemukan sebutir peluru di kepala anggota itu.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments