Zarina Anjoulie luah kemarahan terhadap Fatiya Latif???

0

Kemelut pergaduhan antara pelakon Fatiya Latif dan Zarina Anjoulie yang pernah bersahabat baik bagaikan tiada pengakhiran apabila Zarina sendiri sering meluahkan kemarahan di media sosial.

Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju, telah memuatnaik satu entri terbaru di laman Instagramnya beserta sekeping gambar dan nota  “minah ni bahan bibir aku pastu dia pulak pergi inject bibir dia, hidung dia..????????????“.

Gambar yang dikongsi oleh Anju dari laman Instagram @vougeclinickl itu jelas menunjukkan bahagian bibir sebelum dan selepas suntikan dilakukan.

Di entri klinik berkenaan juga ada menyebut dan ditanda nama pelakon Fatiya Latiff.

Namun tidak lama kemudian, Anju telah memadam entri terbabit sebelum memuatnaik satu lagi entri terbaru yang berbaur sindiran.

“Benda terletak kat diri sendiri, buat taik kantoi tanggung sendiri” tulis Anju di ruangan status beserta gambar yang mengatakan “aku rasa aku tumbuk kau haritu tak cukup kuat”.

Di ruangan komen Anju pula, ada juga memberitahu bahawa Fatiya Latiff pernah menghina keningnya, namun kerana beliau sedang bekerja, maka dia tahankan sahaja rasa marahnya.

“First time dia hina kening aku, aku rasa nak penumbok je dia! Nasib tengah keja! Bodoh pekat! Tulis @queensyila_ di ruangan komen Anju.

Rata-rata para peminat menyokong tindakan Anju dan tidak kurang juga yang meluahkan perangai buruk Fatiya Latiff di ruangan komen status berkenaan.

Malah ada juga netizen yang berpendapat kesan lebam pada bibir Fatiya Latiff baru-baru ini adalah kesan dari tumbukan Zarina Anjoulie.

 

 

Leave a Reply