Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITAHampir hilang 6.3 juta pengikut, Nora Danish kongsi detik Instagramnya cuba digodam

Hampir hilang 6.3 juta pengikut, Nora Danish kongsi detik Instagramnya cuba digodam

6.3 juta pengikut di Instagram Nora Danish hampir digodam!

Pelakon Nora Danish memberitahu akaun Instagramnya hampir digodam oleh individu yang menyamar melalui Instagram Ratu Rock Malaysia, Ella Aminuddin.

Pada pagi Jumaat, Nora menerima sebuah kiriman mesej melalui Whatsapp dari Instagram. Dalam mesej itu mengatakan Nora telah memuat naik satu posting yang berunsur keganasan dan akaun akan ditutup dalam masa 24 jam.

Lalu tanpa rasa curiga Nora terus menekan link terbabit dan telefon miliknya menjadi ‘hang’ seketika.

Namun Nora berfikir sejenak dan berasa hairan kenapa Instagram menghantar mesej melalui Whatsapp dan bukannya melalui email.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena Nora terus teringat bahawa dia ada berkongsikan nombor telefonnya kepada ‘Ella’ menerusi ‘Direct Message’ di Instagram.

Nora pantas memeriksa akaun Instagram Ella dan ternyata akaun berkenaan telah pun di ‘hacked’ oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Pengalaman yang dilalui Nora itu dikongsikan kepada para pengikut dan terutamanya rakan selebriti agar berhati-hati oleh individu yang bergelar ‘hackers’.

Paparan skrin yang dikongsi oleh Nora ini menunjukkan cara dan modus operandi penggodam yang hampir kehilangan jutaan pengikut serta lebih 20,000 gambar yang dikongsinya di laman Instagramnya.

Berikutan kejadian ini di laman Instagram baru @ellaaminuddins, Ella juga telah memberikan kenyataan  bahawa akaun lamanya telah di ‘hacked’ dan sedang cuba untuk mendapatkan kembali akaun berkenaan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments