Monday, July 15, 2024
HomeBERITAZara Zya dan Hazreef Adam bertunang, bakal disatukan Oktober tahun depan

Zara Zya dan Hazreef Adam bertunang, bakal disatukan Oktober tahun depan

Pasangan sama cantik sama padan, pelakon Zara Zya dan Hazreef Adam telah selamat mengikat tali pertunangan pada petang semalam (12 Oktober).

Majlis diadakan secara tertutup di Sungai Buloh, Selangor dan dihadiri oleh saudara mara kedua-dua belah pihak, rakan selebriti serta kenalan rapat sahaja.

Di majlis berkenaan, keluarga Hazreef menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang dari pihak perempuan.

Pelakon yang sudah lama menyulam kasih, merancang akan mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan.

Sebelum ini, keluarga Hazreef telah datang merisik Zara Zya pada 8 September lalu.

Bibit cinta di antara mereka mula berputik ketika  sama-sama membintangi drama bersiri Monalisa pada tahun 2017 dan menjalinkan hubungan yang serius pada April 2018.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments