Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAZarina Anjoulie dan Yas hadir ke mahkamah, “Terima kasih di atas bantuan...

Zarina Anjoulie dan Yas hadir ke mahkamah, “Terima kasih di atas bantuan dan kerjasama dari semua pihak termasuklah bekas suami“

Pelakon dan usahawanita Zarina Anjoulie, 34, hari ini menghadiri Mahkamah Senayan bagi melengkapkan proses perceraiannya dengan bekas suami, Eilyas Azhar.

Pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul ini berkongsi perkhabaran terbabit menerusi rakaman video dilaman Instagram miliknya sebentar tadi.

Ibu anak satu yang selesa disapa dengan panggilan Anju ini menzahirkan kesyukuran kerana proses perceraian berjalan lancar.

“Terima kasih di atas bantuan dan kerjasama dari semua pihak termasuklah bekas suami.

“Juga jutaan terima kasih dan penghargaan buat semua yang menghantar mesej, DM (direct message) dan mendoakan Anju,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta ini berakhir selepas enam bulan mendirikan rumah tangga dan punca perpisahan adalah kerana mereka sudah tiada persefahaman lagi.

Anju juga menyuarakan mahu meluangkan lebih masa untuk lebih rapat dengan keluarga kerana sebelum ini, bertahun-tahun dia tinggal seorang diri.

Untuk rekod, Zarina dan pasangan berkahwin pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum itu, Anju pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka dari Brunei pada 2015, namun berpisah pada Disember 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

“Selepas ini, nak pergi jemput Martin dari sessi pembelajarannya.

“Saya perlu teruskan hidup seperti biasa, rasanya,’ ujar Anju kedengaran sebak.

Semoga Anju tabah menghadapi hari mendatang bersama anak dan keluarga tercinta ????????????

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments